Home » Pendaftaran Rumah Selangorku
Pendaftaran Rumah Selangorku

Ramai yang keliru dan tidak pasti bagaimana hendak daftar skim rumah selangorku ini. Walaupun sudah mendaftar di laman rasmi LPHS, tetapi masih belum menerima jawapan dari pihak Selangorku.
Terdapat 2 cara memohon rumah selangorku iaitu dengan mendaftar terus di laman web LPHS atau terus mendaftar dengan pemaju.

Jika mendaftar terus sendiri di laman rasmi LPHS, pemohon perlu memasukkan segala maklumat dengan betul dan tepat. Maklumat suami, isteri adalah sangat penting. Jumlah gaji yang dinyatakan juga adalah sangat penting serta perlu memuat naik beberapa dokumen kewangan dan sokongan di dalam sistem tersebut.
Jika ada ada mempunyai masalah, maka boleh terus hubungi pihak Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor untuk pertanyaan. Biasanya jika pemohon tidak menerima apa-apa jawapan sehingga melebihi 2 tahun, permohonan anda akan dilupuskan secara automatik dan perlu membuat permohonan baru.
Jika sesuatu projek pilihan ditawarkan, pemohon perlu memberi maklum balas dan jika penawaran ditolak, maka akaun permohonan rumah selangorku anda akan dibekukan.

Cara ke2 untuk daftar rumah selangorku adalah mendaftaran terus dengan pemaju. Sesetengah pemaju akan menggunakan perkhidmatan agensi hartanah untuk menguruskan permohonan rumah selangorku.
Cara ini lebih efisien kerana kelayakan pinjaman akan disaring terlebih dahulu dan kelayakan pemilikan rumah selangorku dikaji dengan lebih teliti.
Pemohon akan dibantu untuk urusan pendaftran rumah selangorku secara online dan manual. Pada masa yang sama juga, permohonan pinjaman bank akan diuruskan segera.
Pemohon harus berwaspada dengan siapa anda berurusan, pastikan melawat ke galeri pemaju dahulu sebelum memberi apa-apa maklumat peribadi anda kepada pemaju bagi memastikan kesahihan dan kreadibiliti pemaju tersebut.
Melalui 2 cara ini, permohonan anda akan diteliti oleh jemaah mesyuarat LPHS yang berlangsung sekurang-kurangnya sekali sebulan dan mengikut zon daerah masing-masing. Sebarang ketidaklengkapan dokumen, permohonan rumah selangorku akan terus ditolak.
@ahmadrazuan Cara Memohon Rumah Selangorku https://cariproperty.my/cara-memohon-rumah-selangorku/ #daftarrumahselangorku #rumahselangorku #selangorku ♬ original sound - Ahmad Razuan Wob - Razuan Property