Apa Itu Rumah Selangorku?

Rumah Selangorku telah diperkenalkan bermula pada 1 Januari 2014 bagi menggantikan dasar yang telah digunapakai sejak sebelum tahun 2000 oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) dan anda dapat melihat senarai projek Rumah Selangorku 2025 di website ini.
baca lagi...
Pengenalan program ini adalah bermatlamat supaya perumahan mampu milik lebih relevan untuk dipratikkan selaras dengan trend pembangunan kawasan kediaman dan keadaan ekonomi semasa, kepelbagaian dari segi jenis, saiz dan reka bentuk, mengambil kira pendapatan di bawah RM3,000.00 sehinggalah pendapatan RM8,000.00 sebulan serta penyediaan harga di antara RM42,000.00 sehingga RM250,000.00.
Rumah Selangorku versi 2 (ver2) bermaksud projek yang telah diluluskan berkuatkuasa pada April 2018 sehingga 2 Januari 2023. Ianya melibatkan penyediaan Jenis A, B, C, D, dan E Khas dengan keutamaan perbezaan kriteria kelayakan pemohon mengikut jenis.
Rumah Selangorku versi 3 (ver3) bermaksud projek yang telah diluluskan bermula pada 3 Januari 2023 dan tahun seterusnya. Ianya melibatkan penyediaan Jenis Solo, Duo, Trio dan Quod dengan keutamaan perbezaan kriteria kelayakan pemohon berdasarkan status bujang dan berkahwin.
Perumahan adalah untuk merealisasikan matlamat “Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna“.
Ini adalah untuk memastikan setiap rakyat negeri Selangor mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.
Syarat- Syarat Kelayakan Rumah Selangorku
Beberapa syarat telah ditetapkan oleh Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor bagi pemilikan Rumah Selangorku. Pemohon perlu melepasi kesemua syarat ini. Adakah anda layak memohon? Berikut adalah syarat kelayakan;
TARAF KEWARGANEGARAAN

Pemohon & pasangan haruslah berstatus warganegara Malaysia dengan memegang kad pengenalan biru.
Warganegara selain dari orang Selangor LAYAK memohon.
PEMILIKAN RUMAH

Suami atau isteri belum membeli sebarang rumah di negeri Selangor.
Tetapi pemilikan rumah secara pusaka atau Rumah Selangorku jenis A selepas 5 tahun dikecualikan. Namun, kuota pemaju membolehkan pemilikan rumah ke-2.
HAD UMUR

Bujang dan berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pendaftaran layak memohon dan haruslah mempunyai pendapatan sendiri.
JUMLAH PENDAPATAN

Jumlah gaji isi rumah haruslah tidak melebihi rm15,000 sebulan bagi Rumah Selangorku versi 2.0 dan tidak melebihi rm10,000 bagi Rumah Selangorku versi 3.0.
Gaji isi rumah dikira jumlah gaji suami + gaji isteri sebulan. Walaubagaimanapun, gaji bekerja sendiri tertakluk kepada akuan sumpah.
Senarai Projek Rumah Selangorku 2025

RSKU Idaman Melur, Cybersouth, Dengkil, Selangor.
SOLD OUT
RM250,000 | Apartment | Open Title
Dalam Pembinaan | Fully Booked

RSKU Idaman Sari, Pulau Meranti Puchong, Selangor.
SOLD OUT
RM250,000 | Apartment | Open Title
Dalam Pembinaan | Fully Booked

RSKU Idaman BSP, Bandar Saujana Putra, Puchong, Selangor.
SOLD OUT
RM250,000 | Apartment | Open Title
Siap Diduduki | Fully Booked
Pakej Percuma Subsidi Kerajaan Negeri





